Laman Utama
Pelamin Angan Ku Musnah! Ini 5 Kisah Selebriti Tak Jadi Kahwin, Eyka Farhana Termasuk Sekali?
Bercinta dan berpisah adalah lumrah bagi sesetengah pasangan kerana tidak semua hubungan cinta itu kekal bahagia hingga ke jenjang pelamin.
Meskipun sakit lebih-lebih lagi perkahwinan yang dirancang tidak menjadi, namun ia bukan pengakhiran segalanya.
Kisah kahwin tak jadi ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang biasa, malah ramai juga selebriti yang mengalami nasib yang sama.
Bukan mahu menambah luka yang pernah ditanggung, Gempak kongsikan lima kisah selebriti tak jadi kahwin atau putus cinta untuk memberi semangat dan kekuatan kepada yang mengalami nasib yang sama.
- Lia Natalia
Lia bagaimana pun kelihatan sangat tenang dan reda apabila perkahwinan dengan seorang jejaka yang dikenalinya hampir setahun terbatal.
Walau bagaimanapun, Lia keberatan untuk memaklumkan punca dia dan pasangan mengambil pilihan untuk membawa haluan masing-masing. Dia juga enggan menyalahkan sebelah pihak sahaja dan menganggap sudah tiada jodoh.
- Nonny Nadirah & Niezam Zaidi
Mereka sebelum itu terbuka mendedahkan kisah cinta di sosial media dalam beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta. Malah, Niezam dikatakan ada merancang untuk menyunting Nonny sebagai isterinya.
Nonny yang berpisah dengan bekas suami, dua tahun lalu, pernah berlakon bersama Niezam dalam telefilem Bedah Motor dan Luka Di Hati Diya.
- Datuk Seri Vida (DSV) & Iqbal Zulkefli
Namun, situasi menjadi tegang selepas Cik B berkeras tidak merestui disusuli dengan isu berpanjangan.
Selepas terpalit dengan kemelut ‘panas’ yang tidak pernah putus setiap minggu, Vida membuat satu keputusan bagi menamatkan segalanya.
Kini mereka membawa haluan masing-masing dan masih berbalah di media sosial mengenai single yang mereka keluarkan.
- Erra Fazira & Awie
Bagaimanapun, tali pertunangan yang mereka bina itu tidak mampu bertahan lama apabila Awie dan Erra Fazira telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan.
Selepas itu mereka telah berkahwin dengan pilihan masing-masing. Awie telah mengahwini seorang penyanyi iaitu Arni Nazira pada Disember 1998. Namun, perkahwinan itu juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya berakhir dengan penceraian pada tahun 2006.
Erra pula pernah berkahwin pernah berkahwin sebanyak dua kali, dan kedua-duanya berakhir dengan perceraian.
- Eyka Farhana?
Nanti dulu…Itu hanya lah watak yang dibawakan Eyka sebagai Aira dalam filem terbaharu Astro First, Autumn In Wales. Haru jadinya apabila aktor Keith Foo yang memegang watak Darwish membatalkan perkahwinan menjelang hari penikahan mereka!
Demi mencari kepastian, Aira ke Wales, United Kingdom untuk bertanyakan sendiri kepada Darwish apakah sebenarnya yang berlaku. Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasih yang rupanya dua alam.
Apakah kesudahan kisah Aira di Wales? Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Selain Eyka dan Keith, Autumn In Wales turut dibintangi oleh Jaa Suzuran, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Wanna Ahmad dan Amirul Haswendy.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip- klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.