Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pelancong Malaysia Kena 'Kencing' Teksi Motosikal Di Thailand, Diminta Bayar RM61 Untuk Perjalanan 2KM

Izwan Isa 18/10/2022 | 13:20 MYT

Gara-gara ingin membaiki mesin basuhnya yang telah rosak, seorang penunggang teksi motosikal di Songkhla, Thailand mengaku mengenakan tambang berlebihan kepada pelancong dari Malaysia.

Pemilik teksi motosikal berkenaan didakwa meminta bayaran sebanyak RM61.90 (500 Thai Baht) terhadap pelancong berkenaan setelah menghantarnya ke destinasi sejauh 2 kilometer, yang pada sepatutnya berharga RM12.40.
Menerusi laporan portal The Thaiger, Ahli Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Meneechot mengesahkan aduan mangsa berkenaan.
Ketika kejadian, pelancong berkenaan ingin ke Balai Polis Mueng Hat Yai selepas keretanya dikapit oleh pihak berkuasa.
Kemudian, pelancong berkenaan mengupah penunggang teksi motosikal berhampiran untuk membawanya ke balai polis yang dimaksudkan. Dan ketika itulah mangsa dikenakan bayaran yang tidak masuk akal.
Polis kemudian menahan penunggang teksi motosikal itu tetapi menafikan tuduhan berkenaan. Namun, penunggang teksi motosikal itu akhirnya mengaku salah selepas polis ingin mengenakan hukuman jika dia melakukan pengakuan palsu.
Dalam pada itu, penunggang teksi motosikal itu memberitahu yang dia tidak menerima sebarang pelanggan pada hari tersebut sehinggalah dia bertemu dengan pelancong Malaysia terlibat.
Suspek juga mengakui tidak mengugut mangsa dan pertama kali melakukan jenayah itu.
Penunggang teksi motosikal berkenaan didakwa atas kesalahan mengenakan tambang pengangkutan melebihi kadar standard dan berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM618.76 jika disabitkan kesalahan.
Sumber: The Thaiger
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Thailand #Pelancong Malaysia #Penunggang Teksi Motosikal
;