Viral
Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”
Frasa Inggeris pernah menyatakan bahawa ‘customer is always right’. Tetapi ada kalanya telatah yang ditunjukkan oleh pelanggan kurang menyenangkan sehingga mendatangkan ketidakselesaan terhadap penjual.
Itulah situasi yang terpaksa dialami oleh seorang peniaga wanita di mana dirinya berhadapan dengan pelanggan yang merungut tentang harga nasi lemak yang ditetapkan.
“Mahal juga awak jual, terlalu mahal lah terus terang...
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat pelanggan berkenaan mengomel tentang ketidakpuasan hatinya tentang harga nasi lemak RM3 yang dikatakan terlalu mahal.
“Mahal juga awak jual, terlalu mahal lah terus terang, sebab ikan bilis pun RM35 sahaja sekilo, saya pun biasa masak,” getusnya.
Pelanggan Merungut Suruh Letak Harga Berpada-Pada
Tidak hanya berhenti di situ, rungutan pelanggan itu disambung lagi dengan teguran kepada peniaga tersebut supaya meletakkan harga yang berpada-pada.
“Saya nak tegur sikitlah, memang kita nak cari untung tetapi berpada-pada,” tambah pelanggan itu lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melihat kepada posting berkenaan, rata-rata netizen menzahirkan rasa marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh pelanggan itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 200,000 ribu tontonan di Platform X.