Gaya Hidup

Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Awani
16/08/2024
16:55 MYT
Sponsor Banner
Pelarasan Gaji Penjawat Awam: Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.

Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:

1. Kenaikan gaji untuk pelbagai kumpulan jawatan
Pelaksana: Gaji akan naik sebanyak 8% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 7% pada Fasa 2 (Januari 2026).
Pengurusan dan Profesional: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).
Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).
2.Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan, pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.
3. Simulasi pendapatan bulanan untuk beberapa jawatan
Pembantu Hidupan Liar (Gred G11): Gaji akan naik dari RM1,795.00 kepada RM2,115.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,327.00 pada Januari 2026.
Jururawat (Gred U29): Gaji akan naik dari RM2,457.00 kepada RM2,697.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,994.74 pada Januari 2026.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41(T5): Gaji akan naik dari RM3,838.00 kepada RM4,085.04 pada Disember 2024, dan kepada RM4,559.24 pada Januari 2026.
4. Simulasi pendapatan bulanan untuk pasukan keselamatan
Prebet (Askar) Gred ZA1: Gaji akan naik dari RM2,379.00 kepada RM2,619.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,857.63 pada Januari 2026.
Konstabel Polis Gred YA1: Gaji akan naik dari RM2,256.00 kepada RM2,496.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,726.02 pada Januari 2026.
5. Jumlah pendapatan merangkumi gaji pokok dan elaun, tetapi tidak termasuk elaun khusus.
6. Penjawat awam boleh lakukan pengiraan gaji melalui pautan berikut:
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar