Viral

Pelawak Popular Bakal Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin, Ini 5 Fakta Mengenai Andre Taulany & Isteri

Gempak
13/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Pelawak Popular Bakal Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin, Ini 5 Fakta Mengenai Andre Taulany & Isteri
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan berita keinginan untuk bercerai antara pelawak dan pengacara popular, Andre Taulany dan isterinya Rien Wartia Trigina.
Tidak hanya kehidupan rumah tangga mereka yang sebelum ini dilihat harmani, malah usia perkahwinan Andre dan Rien sudah pun mencecah 18 tahun.
Difahamkan, Andre Taulany sudah mendaftarkan perceraiannya ke Mahkamah Agama Tigaraksa, Tangerang. Proses cerai juga sudah bermula. Sungguhpun kedua belah pihak sudah dimediasi, tetapi masing-masing tetap memutuskan untuk berpisah.

Berikut merupakan 5 fakta mengenai keluarga Andre Taulany:

Perkahwinan dengan Erin

Andre Taulany mendirikan rumah tangga dengan Rien Wartia Trigina atau lebih dikenali sebagai Erin Taulany pada 17 Desember 2005.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin

Erin sering muncul menerusi pelbagai acara bersama Andre, menunjukkan sokongan penuh terhadap kerjaya suaminya dalam industri hiburan. Keharmonian dan solidariti mereka sebagai pasangan sering menjadi tumpuan, baik di media mahupun dalam kalangan peminat.
Selain itu, Erin terkenal sebagai ibu yang penyayang, sentiasa menemani anak-anaknya dalam pelbagai aktiviti, malah dilihat memastikan tiga anaknya membesar dalam suasana penuh kasih sayang.

Mempunyai 3 cahaya mata

Hasil perkahwinan selama 18 tahun, Andre Taulany dan Erin Taulany dikurniakan tiga orang anak iaitu Ardio Raihansyah Taulany, Arkenzy Salmansyah Taulany, dan Arlova Carissa Taulany.
Anak pertama mereka, Ardio, sering digambarkan sebagai bijak dan berbakat dalam pelbagai bidang termasuk akademik dan sukan. Ardio yang sering dipanggil Dio dilihat kerap menyertai aktiviti sekolah dan sering menerima sokongan penuh daripada ibu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama

Manakala, anak kedua mereka, Arkenzy, juga menunjukkan minat yang tinggi dalam pelbagai aktiviti kreatif dan sukan. Keluarga Taulany sering dilihat menghabiskan masa bersama sama ada bercuti atau bermain. Arlova Carissa, sebagai anak bongsu, nampaknya menambahkan kegembiraan kepada keluarga ini dengan personalitinya yang ceria dan bertenaga.

Pereka fesyen

Ister Andre, Erin Taulany merupakan seorang pereka fesyen yang berjaya. Erin mempunyai latar belakang pendidikan dalam reka bentuk fesyen. Ilmu yang dimiliki semakin melengkapkan dirinya dengan kemahiran dan ilmu yang lebih tinggi terutama dalam mencipta pelbagai karya fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

Koleksi rekaan Erin sering dipuji kerana inovasi dan keunikannya. Selain itu, Erin juga aktif sebagai pempengaruh di media sosial. Dia kerap berkongsi trend fesyen terkini, tip gaya fesyen, dan kehidupan seharian sebagai ibu dan isteri kepada seorang selebriti terkenal.
Melalui akaun media sosialnya, Erin menunjukkan keupayaannya untuk menggabungkan peranan seorang pereka profesional dan suri rumah yang berdedikasi.

Penceraian

Bahtera rumah tangga yang telah berlayar selama 18 tahun terpaksa dihentikan dan menemui penghujungnya, di mana Andre Taulany dan isterinya memutuskan untuk bercerai. Ini selepas hakim membenarkan saman cerai yang ditekan pada April 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Sumber: Popmama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar