Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pelbagai Spekulasi Timbul, Ruhainies Tampil Pertahankan Diri - “Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah…”

Asyikin Mayudin 11/03/2024 | 02:55 MYT
Nama aktres Ruhainies masih lagi hangar diperkatakan sejak didakwa ditangkap khalwat dengan suami kepada rakannya, pelakon Bella Astillah iaitu penyanyi Aliff Aziz pada Sabtu.

BERITA TRENDING: Pasca Dakwaan Tangkap Basah, Ruhainies Senyum Terima Jambangan Bunga Ros Merah

Pelbagai spekulasi mula timbul, adik kepada aktres Risteena ini bagaimanapun menegaskan dia bukan ditangkap basah seperti yang dimaklumkan.

“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati- hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan.

“la sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini saya mash belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ia tidak tepat,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instastory pada Isnin, Ruhainies turut memohon agar pihak media berhenti menulis berita yang boleh menyebabkan provokasi atau fitnah sehingga dia mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah schingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.

“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dirakam pada 25 Februari lalu.

Difahamkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang, Sabtu.

Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Ruhainies Aliff #Ruhainies khalwat
;