Gaya Hidup
Pelik Tapi Menarik! Bubble Tea Kini Dihidangkan Dengan Steamboat
Siapa yang tidak gemar minuman berasaskan bubble tea bukan? Pantang nampak, mesti beli!
Namun tahukah anda sebenarnya bubble tea ini sudah ada menu baru yang lebih extravaganza iaitu ' hot pot bubble tea'? Dalam bahasa mudahnya kini bubble tea dihidangkan dengan kaedah steamboat.
Terdapat sebuah restoran yang telah memperkenalkan menu ini iaitu Galaxy Tea Bar.
Keadahnya mudah, bubble tea ini akan dihidangkan bersama beberapa jenis makanan lain seperti bola taro, mangga, dan jeli.
Jika di kedai steamboat anda akan dihidangkan bersama kuah tomyam, namun bagi menu ini anda diberi pilihan untuk memilih sama ada teh susu atau susu segar sebagai kuah.
Menarik bukan? Jadi di mana sebenarnya kedai ini?
Restoran Galaxy Tea Bar ini terletak di Jalan Nagor, Georgetown, Pulau Pinang dan jika anda mahu info lanjut boleh ke laman Facebook mereka, Galaxy Tea Bar.