Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Pemain Bola Sepak Termahal Dunia, Paul Pogba Sambut Ramadhan Di Mekah

Syafiqah Jalal 29/05/2017 | 07:41 MYT
Pemain bola sepak paling mahal dunia, Paul Labile Pogba menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Hal itu dikongsikan sendiri di laman Instagramnya menerusi sekeping gambar dia berada di hadapan Kaabah.
Pogba menulis kapsyen berbunyi; "Perkara paling cantik pernah saya lihat dalam hidup saya (Most beautiful thing I've seen in my life."
Pogba, 24, menjadi pemain bola sepak termahal dalam sejarah dunia apabila kelab bola sepak Manchester United membayar Juventus sebanyak 89 juta Euro (RM487 juta) untuk menyerapkannya masuk ke dalam pasukan itu.
Rabu lalu, Pogba menjulang piala Liga Eropah selepas Manchester United membenam Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.
Selepas tamat musim perlawanan, Pogba berkongsi rakaman video membawa beg pakaian sambil berkata dia dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah.

Ramadan Kareem ?? Bon Ramadan #makkah #blessed

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

Pogba dilaporkan pernah sekali ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji sebelum ini.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: BBC
#Bola Sepak #Ramadhan #Manchester United #Paul Pogba
;