• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Penunggang P-Hailing Terkejut Kiriman Bungkusan Rupa-Rupanya Mayat Bayi
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Pemain Drum A.C.A.B Rebah Di Pentas, Konsert Terpaksa Dihentikan Sementara

Ainun Md Zooki
21/12/2024
14:22 MYT
Sponsor Banner
Pemain Drum A.C.A.B Rebah Di Pentas, Konsert Terpaksa Dihentikan Sementara

Tular sebuah video di aplikasi X yang memaparkan pemain drum kumpulan legenda era 90-an, ACAB, rebah semasa membuat persembahan dalam 30th A.C.A.B Final Concert di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, pemain drum yang dikenali sebagai Zul dilihat tiba-tiba rebah ketika sedang beraksi di hadapan para peminat.

Selepas melihat pemain drum tersebut rebah, krew produksi segera menghampirinya dan cuba memberikan rawatan ringan sebelum keadaannya menjadi lebih serius.

Kejadian itu telah mengejutkan para penonton yang hadir di konsert tersebut, menyebabkan mereka keliru dan terkedu dengan insiden yang menimpa kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, pihak produksi memaklumkan kepada penonton yang hadir bahawa konsert tersebut terpaksa dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada krew menjalankan tugas mereka untuk membantu pemain drum tersebut.

Pada masa yang sama, pihak produksi masih belum memberikan sebarang kenyataan atau maklum balas mengenai kejadian tersebut.

Netizen yang menonton video itu di aplikasi X berharap agar pemain drum tersebut tidak mengalami masalah yang serius dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Related Topics
#Konsert
#Pentas
#Zul
#Berhenti
#Sementara
#Rebah
#Pemain
#Waktu
#Terpaksa
#drum
Must-Watch Video