Laman Utama

Pemakaman Putera Philip: Ratu Elizabeth 11 Duduk Seorang, Putera Harry Hadir & Meghan Saksikan Dari AS

Maliah Surip
18/04/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Pemakaman Putera Philip: Ratu Elizabeth 11 Duduk Seorang, Putera Harry Hadir & Meghan Saksikan Dari AS
Istiadat pemakaman Putera Philip atau Duke of Edinburgh selamat dijalankan dalam suasana penuh duka dan disambut dengan penghormatan terakhir oleh seluruh rakyat UK semalam.
Jasad mendiang Putera Philip yang meninggal dunia pada usia 99 tahun, suami kepada Ratu Elizabeth II dimakamkan di St George Chapel di Istana Windsor jam 3 petang waktu tempatan.
CNN melaporkan, Ratu Elizabeth 11 dilihat duduk berseorangan sepanjang istiadat yang berlangsung di dalam gereja saat memberi penghormatan terakhir kepada lelaki yang telah menemaninya selama 73 tahun mereka berkahwin.
Mengikuti protokol kesihatan pandemik COV1D 19, hanya 30 tetamu yang dibenarkan berada di dalam gereja termasuk kaum kebarat keluarga diraja itu termasuk Putera Harry yang hadir bersama bapanya, Putera Charles dan abangnya, Putera William.
Sementara Putera Harry pertama kali bertemu keluarganya sejak mereka melakukan temubual kontroversi bersama Oprah Winfrey pada Mac lalu, Meghan Markle dipercayai menyaksikan istiadat tersebut dari Amerika Syarikat.
Satu sumber membenarkan mantan aktres itu menyaksikan keseluruhan istiadat pemakaman itu semalam menerusi siaran di kaca televisyen.
Meghan tidak ikut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Putera Philip kerana dinasihatkan doktor untuk 'tidak terbang' kerana kondisi kehamilannya saat ini.
Tidak hanya keluarga diraja yang berduka, seluruh rakyat UK juga memberi penghormatan terakhir mereka dengan menonton istiadat pemakaman yang disiarkan secara langsung itu.
Selain UK bertafakur selama seminit, loceng juga dibunyikan di Blackburn Cathedral untuk mengajak orang ramai menyalakan lilin dengan 10 ekor burung merpati dilepaskan.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024