Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pembantu Kedai Ubat Dipenjara, Denda Miliki 19,011 Video & Gambar Pornografi Kanak-Kanak!

Awani 20/10/2023 | 15:20 MYT
Pembantu kedai ubat tradisional dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di Teluk Intan, Perak pada Jumaat, selepas disabitkan kesalahan memiliki 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak, Mei lalu.
Majistret T. Ashvinii menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Liew Ming Hui, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan terhadapnya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dilaksanakan mulai hari ini selepas menolak permohonan peguam agar ia ditangguhkan, sementara pihaknya membuat rayuan.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja di kedai milik ayahnya, didakwa memilik satu bahan pornografi kanak-kanak iaitu satu unit kad memori (pendrive) yang mengandungi video dan gambar melibatkan kanak-kanak.
Tertuduh yang merupakan anak tunggal, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2, Langkap, kira-kira jam 4.20 petang, 29 Mei 2023.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan manakala tertuduh diwakili Peguam Jude Pereira.
Mengikut fakta kes, kira-kira jam 5.20 petang, 29 Mei lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Hilir Perak telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah di RPA 2, Langkap.
Hasil pemeriksaan pihak polis telah membuat rampasan barang kes dalam jagaan tertuduh iaitu masing-masing satu unit komputer riba, ‘adapter’ dan ‘pendrive’.
Hasil pemeriksaan dan siasatan yang dibuat oleh pegawai polis dari Jabatan Forensik PDRM mendapati terdapat 19,011 dokumen melibatkan video dan gambar pornografi kanak-kanak di dalam kad memori ‘pendrive’ berkenaan.
#Viral #Penjara #Perak #Kanak-Kanak #Pornografi #Denda #Pembantu Kedai Ubat
;