Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pembantu Rumah Sharifah Zarina Larikan Diri, Kerja Tak Sampai 24 Jam Lagi - “Nak Transfer Duit Dekat Ejen Pun Tak Sempat…”

Asyikin Mayudin 06/04/2023 | 06:55 MYT
Tidak sampai sehari bekerja, pembantu rumah kepada penyanyi Sharifah Zarina telah melarikan diri pada Khamis tanpa sebarang maklumat.

Kesal dengan tindakan itu, Sharifah Zarina memberitahu dia sendiri tidak sempat membuat sebarang transaksi bayaran kepada ejen lagi.

“Tak tahu lah nak marah ke nak gelak. Ambil pukul 10 malam tadi (Rabu), pukul 4 pagi (Khamis) sudah kabur (lari). Mahu ke mana kamu? Sudah ada yang menunggu ya?

“Tak apalah, bukan rezeki saya. Harap-harap tak ada lah apa-apa barang yang dicuri. Nak transfer duit dekat ejen pun tak sempat lagi dan bye-bye macam itu ya.

“Nasib baik, kalau tak aniaya,” kongsi Zarina menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Sharifah Zarina, dia berkongsi perkara tersebut hanya untuk memberi peringatan kepada semua orang agar lebih peka dalam mengambil pembantu rumah.

“Saya kongsi perkara ini untuk peringatan dekat semua kalau la ada lagi dia ini muncul nak kerja jadi pembantu rumah korang. Jadi tolong peka. Susah sungguh nak ambil pembantu sekarang ya.

“Gaji RM1,500 (permulaan) pun nak lari. Lepas tiga bulan naik lagi gajinya. Dah la saya ini bukannya ada anak kecil, semua dah besar buat hal masing-masing.

“Saya cakap dekat dia sapu rumah seminggu sekali cukup, cuci tandas seminggu dua kali sahaja sudah, jangan fikir sangat buat kerja rumah.

“Padahal saya sudah cakap kalau tidak serasi beritahu je, saya hantar balik pada ejen, tetap tetap mahu lari di subuh hari ya. Minta viral ya, terima kasih transit di rumah saya. Towel je yang di kebas,” katanya.

#Sharifah Zarina #Pembantu Rumah #Zarina
;