Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pembedahan Baru Kering, Lucinta Luna Dakwa Muka Mirip Jisoo Blackpink Pula

Maliah Surip 09/08/2022 | 01:55 MYT

Bukan satu rahsia tindakan Lucinta Luna yang kerap melakukan pembedahan plastik terutama pada bahagian wajahnya beberapa bulan kebekalangan ini.

Setelah sempat mengaku wajah baharunya mirip dengan Lisa Blackpink, pempengaruh media sosial sensasi Indonesia itu ‘menukar’ kenyataannya lagi.
Terkini, setelah hasil pembedahan operasi plastik pada wajahnya yang terbaharu sedikit baik dan kering, Lucinta mengaku masyarakat akan melihat rupanya berubah.
Melalui akaun Instagramnya, Lucinta percaya wajah baharunya akan kelihatan mirip salah seorang lagi anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo.
“Jangan terkejut jika wajah saya yang sedang bengkak dan membaik ini nanti mirip Jisoo Blackpink,” tulisnya pada kapsyen kemas kini tersebut.
Dalam foto sama, Lucinta mempamerkan perkembangan terkini hasil pembedahan plastik pada wajahnya yang masih bengkak serta ada jahitan pada hidung serta rahang yang belum kering.
Terdahulu, Lucinta juga diketahui menjalani pembedahan membuang halkum selain tidak sabar memperdengarkan suara baharunya kepada masyarakat.
Dalam temubual bersama Boy William sebelum ini, Lucinta menyifatkan dirinya yang telah menjalani banyak pembedahan plastik sebagai ‘ganti kepala’.
Dia juga mengatakan: “Lucinta Luna sudah tidak ada. Semua yang ada pada wajah telah saya tukar, ganti semua.”

#Viral #Indonesia #pembedahan #Lucinta Luna #Jisoo Blackpink
;