Laman Utama

Pembedahan Plastik Gagal, Pelakon Kanada Mati Sebab Obses Nak Jadi Jimin BTS

Maliah Surip
26/04/2023
15:55 MYT
Sponsor Banner
Pembedahan Plastik Gagal, Pelakon Kanada Mati Sebab Obses Nak Jadi Jimin BTS
Seorang pelakon dari Kanada, Saint Von Colucci dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi selepas melakukan pembedahan plastik beberapa bulan sebelum ini.
Colucci yang baru berusia 22 tahun meninggal dunia di salah sebuah hospital di Korea Selatan pada 23 April lalu.
Menurut laporan Daily Mail, pengurus publisiti Colucci, Eric Blake dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada media menyebut pelakon itu berada di hospital untuk membuang implan yang dimasukkan pada bahagian rahangnya, November lalu.
“Dia menjalani pembedahan membuang implan pada bahagian rahang, Sabtu lalu. Namun artis muda ini dijangkiti kuman dari implan yang dimasuukan dan berdepan komplikasi pembedahan sebelum meninggal dunia beberapa jam setelah itu,” tulis kenyataan tersebut.
Laporan sama menyebut, Colucci telah menjalani sebanyak 12 kali pembedahan plastik sejak beberapa tahun lalu dalam usaha untuk menjadi semirip Jimin BTS.
Mendiang antaranya melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung, mata, mengecilkan bibir, memasukkan implan pada rahang dan dagu serta beberapa yang lainnya.
“Dia melakukan ini semua kerana berada tidak yakin dengan dirinya. Dia tidak suka bentuk rahang dan dagunya sebab itu dia mahu mendapatkan bentuk V, seperti kebanyakan orang Asia lainnya,” kata kenyataan itu lagi.
Colucci diketahui telah datang ke Korea pada 2019 untuk menjadi pelatih dunia hiburan di sebuah syarikat terkenal.
Selain menghasilkan lagu sendiri, dia juga terbabit sebagai pelakon dalam sebuah drama yang menyaksikannya menjadi seorang pelajar kaya dari Eropah yang bertukar menjadi bintang K Pop dalam sekelip mata.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar