Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Pembedahan Sinus Terpaksa Ditangguh, Janna Nick Perlu Masa Untuk Pulih Dari Jangkitan Paru-Paru - “Ia Mungkin Menganggu Saluran Pernafasan”

Ainun 09/01/2025 | 15:55 MYT

Pelakon Janna Nick berkongsi keadaan terkini selepas dirinya dimasukkan ke hospital akibat masalah resdung yang kronik.

Masih perlu jalani pembedahan sinus akibat alahan terhadap kucing, Janna, atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bagaimanapun meluahkan rasa syukur kepada Ilahi kerana keadaannya kini semakin baik.
Tambahnya lagi, pembedahan tersebut hanya boleh dilakukan selepas jangkitan paru-parunya sembuh sepenuhnya disebabkan ia terlalu berisiko dan kemungkinan boleh mengganggu saluran pernafasan.
“Alhamdulillah, saya sudah okay, cuma pembedahan sinus masih belum dapat dilakukan.

“Hari itu saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru, dan pada masa sama, saya baru tahu yang saya ada resdung yang sangat teruk sehingga memerlukan pembedahan.

“Tapi untuk menjalani pembedahan itu, saya tidak boleh ada jangkitan paru-paru kerana ia mungkin mengganggu saluran pernafasan saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, doktor juga menasihati aktres tersebut untuk menunggu sehingga kesihatannya benar-benar stabil sebelum meneruskan prosedur selanjutnya.
“Doktor mahu saya betul-betul sihat terlebih dahulu, barulah pembedahan itu dapat dijalankan,” jelasnya.
Demi menjaga kesihatan suami Janna iaitu aktor Dini Schatzmann, tidak membenarkan dia menyentuh kucing lagi.
“Mungkin lepas pembedahan, keadaan saya akan okay. Tapi suami saya mungkin tetap tidak benarkan kerana dia sangat tegas dalam hal-hal seperti ini. Dia tak mahu saya sakit lagi.

“Dia akan vakum satu rumah untuk memastikan saya tinggal dalam keadaan selesa. Di rumah saya, ada seekor kucing iaitu kucing mak saya. Kalau kucing itu datang dekat dengan saya, Dini akan marah kucing tersebut.

“Kadang-kadang, saya rasa kesian dengan kucing itu,” kongsinya.
Terdahulu, Janna Nick dimasukkan ke hospital akibat alahan terhadap kucing selepas tamat penggambaran bersama haiwan tersebut.

BERITA TRENDING: Mira Filzah Bagi Pesanan Kepada ‘Penyondol’ - “Apa Yang Berlaku Akan Berbalik Pada Awak Semula”

BERITA TRENDING: 8 Hari Di Hospital Penuh Cabaran! Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Bersalin Czer - “Saya Jadi Panik & Fikir Akan Mati Kerana…”

BERITA TRENDING: “Saya Tak Cukup Sempurna, Banyak Kelemahan…” - Tampil Dengan Imej Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Baik-Baik

BERITA TRENDING: Dituduh Masih Belum ‘Move On’, Sherry Ibrahim Bagi ‘Warning’ - “Sekali Lagi Awak Tulis, Tunggu Peguam Saya”

#Janna Nick #Jangkitan #Sinus #Pulih #Resdung #Paru-Paru
;