Berita

Pemegang IC Merah Tak Layak Mohon Permit Penjaja, MPS Jawab Isu Pakcik Jagung...

ZULHILMI JALIL
16/07/2020
08:03 MYT
Sponsor Banner
Pemegang IC Merah Tak Layak Mohon Permit Penjaja, MPS Jawab Isu Pakcik Jagung...
Majlis Perbandaran Selayang (MPS), memaklumkan bahawa mana-mana individu yang berstatus permaustatin tetap yang juga merupakan pemegang kad pengenalan berwarna merah tidak dibenarkan untuk menjaja.
MPS dalam satu kenyataan di Facebook menjelaskan hal tersebut susulan isu sebuah video yang tular melibatkan beberapa anggota penguatkuasa dan seorang penjaja jagung di kawasan Pasar Selayang Jaya, baru-baru ini.
"Peniaga gagal memberikan kerjasama dan memprovokasi anggota yang sedang menjalankan tugas.
"Sebagai pemegang kad pemastautin tetap (PR) beliau tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan arahan kerajaan negeri Selangor," jelasnya dalam satu entri yang dimuat naik di laman Facebook rasmi MPS.
Dalam hantaran tersebut, MPS turut berkongsi sedutan video yang memaparkan beberapa anggota penguatkuasanya ketika menjalankan tugas.
Menurut MPS lagi, pihaknya memang komited untuk membanteras mana-mana penjaja yang berniaga tanpa permit.
"MPS komited untuk membenteras peniaga tanpa permit terutama peniaga warga asing di seluruh Selayang dan diharapkan masyarakat dapat memberi kerjasama atas usaha ini," katanya.
Terdahulu, video yang memaparkan beberapa anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa bertindak secara kasar ketika melakukan tugas menerima perhatian netizen sehingga tular.
BACA: Azhan Rani Kesal Cara Kasar Anggota PBT Layan Penjaja
Begitupun, nasib penjaja tersebut kemudian turut mendapat perhatian daripada pendakwah bebas, Ebit Lew yang berkunjung ke rumahnya.
BACA: "Dengan Rendah Diri Saya Merayu Majlis Perbandaran Selayang..." - Ustaz Ebit Mohon Bantu
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar