Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Pemergian Ibu Tersayang, Vicha Mohon Doa Supaya Kuat - “Maafkan Kakak Ya Mama… Kakak Sayang Mama…”

Mya Amri 31/12/2024 | 21:55 MYT
Pelawak, Vicha Berbie berkongsi khabar duka mengenai pemergian ibu tersayang, Tuti Haryati Amran Munaf.

Ibu meninggal dunia

Vicha memaklumkan berita sedih itu menerusi hantaran di akaun Instagramnya pada Selasa.
Menerusi hantaran tersebut, Vicha berharap pengikutnya dapat mendoakan arwah ibunya.

"Selamat jalan mama. Sekarang, mama sudah tak sakit lagi. Maafkan kakak ya mama. Kakak sayang mama.

"Salam semua kawan-kawan. Minta tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu saya," tulisnya.
Paling sebak apabila hantaran video yang di muat naik itu turut merakamkan Vicha sedang menahan sebak memeluk dan mencium jenazah ibunya.

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie)

Mohon doa supaya dirinya kuat

Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di Insta Story, Vicha berkata dia akan cuba menjadi kuat untuk berdepan dengan kehidupan tanpa ibu ibu kesayangan di sisinya.
“Terima kasih semua atas doa-doanya, saya mohon maaf tidak dapat membalas satu persatu. Alhamdulillah, semuanya Allah lancarkan perjalan saya sampai hantar mama ke tempat pengistirahatnya yang terakhir.

“Tahun baharu ini memang tak sangka dapat cubaan seperti ini tapi saya yakin semua ada hikmahnya. Allah tahu yang terbaik untuk umat-Nya.

“Insya-Allah saya akan kuat hadapi semua ini. Bismillah,” coretnya.
Vicha bagaimanapun tidak menulis maklumat terperinci mengenai kematian ibunya.
#Meninggal Dunia #Vicha #Ibu #Mohon Doa
;