Laman Utama

Pemilik Gerai Biadap Campak Duit Pelanggan Buat Hal Lagi - “Pelik Ada Juga Orang Makan Kat Situ”

Izwan Isa
19/10/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Pemilik Gerai Biadap Campak Duit Pelanggan Buat Hal Lagi - “Pelik Ada Juga Orang Makan Kat Situ”
Sekitar sebulan lalu, seorang pemilik kedai makan di Kuala Perli meraih perhatian umum apabila tindakannya mencampakkan duit pelanggan viral di media sosial.
Sungguhpun situasi tersebut menimbulkan kritikan dalam kalangan netizen, pemilik kedai yang sama dilihat masih tetap dengan perangai lamanya.
Menerusi sepotong video viral di platform X, pekedai itu dilihat mengeluarkan telefon bimbit dan merakam pelanggannya yang sedang duduk di meja makan.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna platform X, difahamkan pekedai berkenaan pernah menutup kedainya sebentar selepas viral tempoh hari.
“Tempoh hari dia tutup sekejap seminggu dua, selepas viral. Tukar signboard kedai, cat baharu sikit.
“Dia ingat orang tak kenal tu kedai dia. Ni buat hal lagi Kak Emma hoi. Malu kat orang haih,” kata seorang pengguna platform X.
Selain itu, ada juga yang mempertikaikan keinginan orang ramai untuk menjamu selera di gerai berkenaan sungguhpun ramai sudah mengetahui tingkah lakunya selepas tular bulan lalu.
BACA: “Setakat RM8 Hang Ni Aku Tak Heran” - Peniaga Biadab, Campak Duit Pada Pelanggan​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar