Laman Utama
Pemilik Kafe Unik Ala Perancis Pernah Dapat Tawaran Berlakon, Lebih Selesa Fokus F&B - "Saya Minat Tapi ..."
Miliki raut wajah menawan dan personaliti yang menyenangkan, Farah Syuhada Shamsul, 28 pernah beberapa kali menolak tawaran berlakon dari beberapa produksi sebelum ini.
Kata Farah yang ketika itu terbabit dalam bidang perbankan dan agensi insurans, dia belum masih belum bersedia biarpun ada minat untuk menceburi bidang glamor.
"Sejujurnya saya berminat (dalam bidang lakonan) tapi belum pernah mencuba. Malah, saya sendiri tak mempunyai pendedahan dunia seni.
"Harus saya katakan sebelum ini pernah ada klien yang menawarkan peluang untuk hadir ke sesi ujibakat lakonan beberapa kali cuma ketika itu saya belum bersedia.
"Mungkin komitmen saya terlalu padat, jadi secara tidak langsung hasrat itu terbantut. Lagipun, saya seorang introvert, tak pasti pula sejauh mana karier lakonan sesuai dengan saya.
"Buat masa sekarang, saya fokus pada industri food & beverages (F&B) dengan kafe Farine & Sucre. Inilah cinta saya dan prioriti saya, tapi manalah tahu suatu masa nanti saya sudah betul-betul yakin dan akan terlibat dalam dunia seni pula," katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Farah kini sedang mengusahakan kafe yang menyediakan menu unik ala Perancis, Farine & Sucre bersama adik perempuannya, Farra Sofea Shamshul, 21.
"Kami memilih konsep ala Perancis kerana terpukau dengan keunikan kota Paris itu sendiri. Malah, kami mahu memberikan suasana berbeza kepada pelanggan kami.
"Di sini, kami menawarkan seleksi makanan terutamanya pastry bertemakan inspirasi Parisian dan persekitaran yang membawa pelanggan ke sebuah destinasi lain.
"Malah disebalik nama Farine & Sucre terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea," ujarnya.
Dessert dari Perancis
Bercakap mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
"Kami terdorong untuk menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan di sekitar Shah Alam. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
"Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di Farine & Sucre hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi," katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini.
Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan pastri termasuk French baguette yang dihidangkan bersama 3 jenis sos, French Onion, Cheese Chives dan Sun Dried Tomato selain 3 jenis Pai iaitu Pai Ayam Cendawan, Pai Daging dan Turkey Quiche.
Minuman istimewa yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini pula adalah Biscoff Latte, Ferrero Rocher Latte dan 2 daripada 4 jenis minuman penyegar iaitu Snow White’s Nightmare dan Pocahontas Journey. Minuman penyegar atau refreshers ini cukup unik kerana ia diolah berkonsepkan nama watak puteri-puteri Disney.
Menu Ramadan
Memahami persekitaran pasaran sekitar Shah Alam yang rata-rata terdiri daripada pelajar dan keluarga, Farah cuba menyeimbangkan hidangan manisan dan juga berbentuk savori. Namun dari segi citarasa, sesetengah pencuci mulut yang disediakan diolah dari segi rupa dan rasa agar sesuai dengan citarasa lokal juga peringkat usia.
Dalam pada itu, bersempena ketibaan Ramadhan, Farine & Sucre tidak ketinggalan menyediakan 2 set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western. Apa yang menarik, setiap set yang ditawarkan hanya bermula dari RM50.
Antara menu Asian yang disediakan adalah Nasi Beriyani Daging Hitam, Nasi Beryani Ayam Merah, dan Nasi Minyak Ayam Masak Merah, Dalca Sayur dan Acar Timun Nenas manakala menu barat pula, Grilled Chicken Spaghetti, Beef Lasagna, Prawn Spaghetti with Chicken dan Grilled Chicken Macaroni.
Bagi anda yang mahu menikmati kopi dan hidangan pastri serta dessert unik dalam suasana dan gaya ala Perancis, jom singgah ke Farine & Sucre Cafe di No 7A, 1, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor atau singgah ke laman Instagram @farineandsucre.
Waktu operasi: 12 Tengah hari - 10 malam (Tutup Khamis).
#Shah Alam
#Promosi
#Farah Syuhada
#Farine & Sucre
#Inspirasi Paris
#Kafe Ala Perancis
#Menu Ramadan