Laman Utama
Peminat Fanatik Ugut Bunuh & Mahu Jadi Bini Kedua Aiman Rupanya Seorang Gadis OKU – “Alhamdulilah Ada Keluarganya Yang…”
Ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil bersyukur apabila ada ahli keluarga kepada peminat fanatik anaknya yang mengugut mahu membunuh diri tampil memohon maaf bagi pihak gadis itu.
Hazelina atau mesra dengan panggila Riena memberitahu difahamkan gadis berkenaan juga seorang OKU (orang kurang upaya).
“Alhamdulilah kakak kepada Syakilla telah DM memohon maaf kepada saya bagi pihak adiknya.
“Dan ada bagi tahu adiknya seorang OKU. Alhamdulilah ada keluarga yang tahu semoga mereka pantau dia selepas ini,” katanya.
Riena berkongsi perkara berkenaan di akaun InstaStory Instagram miliknya.
Terdahulu, Riena terpaksa membuat laporan polis bagi melindungi anaknya terhadap ugutan bunuh diri yang diterima daripada seorang peminat fanatik.
Riena membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor menandakan mereka serius, semalam.
Menerusi hantaran terdahulu Riena mendedahkan gadis itu didakwa telah mendedahkan nombor telefon peribadi anaknya serta mahu menjadi isteri kedua kepada Aiman.
“Sesiapa boleh cari budak ni tak,tolong nasihatkan dia,dah melampu sangat ni,saya boleh buat report polis tapi masih berfikir panjang lagi,bukan disini sahaja dia mesej bukan-bukan ,@officialfarahezel juga diganggu walau block berapa kali pun dia tetap buat akaun IG baru.
“Saya dah banyak sabar sebenarnya sebelum ini dia ingin bertemu dengan Aiman saya dan suami sudah atur dan temukan,siap minta nombor telefon selepas dapat nombor telefon habis dikongsi kepada yang lain..haruskah saya berlembut lagi?
“Kalau dia mati nanti Aiman pula disalahkan,.maaf maaf maaf dah seribu kali maaf dah.tetap juga merapu..
“Jika ada keluarga dia terbaca tolong nasihatkan dia..Nak jadi bini ke-2 bagai seram sejuk baca ayat ayat dia ni...ni saya share secebis sahaja..dan baru pagi ini saya terima..,” kongsinya.