Laman Utama

Peminat Protes! Lord Of The Rings Akan Tampilkan Babak Seksual?

Asraf Aided
09/10/2020
03:25 MYT
Sponsor Banner
Peminat Protes! Lord Of The Rings Akan Tampilkan Babak Seksual?
Peminat Lord of the Rings (LOTR) dari seluruh negara dikejutkan dengan dakwaan siri dari filem itu akan menampilkan babak seks dan beberapa pemainnya akan berbogel.
Memetik laporan Independent pada 7 Oktober 2020, terdapat dakwaan BGT Talent Agency menjadi agensi yang bertanggungjawab memilih dan memastikan barisan pelakon yang terlibat dengan adegan seks dan babak bogel berasa selesa sepanjang penggambaran.
Khabar itu terus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengikut sedia dan peminat LOTR, di laman peminat TheOneRing.net.
"Tak pernah terfikir akan ada adegan seperti ini. Memalukan, sangat memalukan!" tulis satu komen.
Peminat yang lain pula menuliskan: "Ini bukan semangat LOTR yang sebenar," sementara seorang lagi mengatakan: "Saya sayangkan GoT tetapi tidak yang ini."
Protes protes yang diberikan penggemar mempunyai sebab kukuh. Hal ini kerana pada asalnya, buku fantasi asal yang ditulis oleh JRR Tolkien tidak mengandungi sebarang kandungan atau unsur seksual di dalamnya.Justeru, perkara itu telah membuatkan para peminat kurang selesa dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pihak Amazon Prime masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
Musim pertama siri LoTR dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2021. Namun pihak produksi belum memberi tarikh tayangan memandangkan penggambaran yang dijalankan sebelum ini sempat tertunda kerana pandemik Covid 19.
Sumber : independent.co.uk
Kredit Foto: New Line
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar