Laman Utama
Peminat Tepuk Tangan Rizky Billar Dibuang Jadi Hos, Rupanya Pernah Baling Bola Snuker Ke Lesti Kejora
Kisah rumah tangga Lesti Kejora dan Rizky Billar masih terus menjadi perhatian masyarakat di Indonesia.
Selepas Lesti mengejutkan umum dengan laporan polis dirinya dipukul Rizky, pelbagai fakta baharu ikut terbongkar.
Antaranya kediaman mewah yang diduduki pasangan dengan satu anak ini hanya rumah sewa. Ia disewa selama tiga tahun.
Hadiah sebuah kapal persiaran mewah yang diberikan semasa ulang tahun Lesti juga hanya sebuah prank.
Akibat daripada perbuatannya memukul Lesti, tugas Rizky sebagai salah seorang hos di acara Dangdut Academy 5 (DA 5) dilucutkan. Pengumuman yang dibuat secara langsung itu telah disambut dengan tepuk tangan gemuruh daripada penonton.
Dan selepas Lesti keluar dari hospital serta tidak mahu pulang ke rumah kelaminnya kerana trauma, pihak polis mengungkapkan fakta kekerasan rumah tangga yang dialami penyanyi dangdut itu sebelum ini.
Kabid Humas Polda Metro Jaya Kombes Pol Endra Zulpan mengataka Rizky pernah melempar bola snuker ke arah Lesti.
Namun kejadian itu bukan sebahagian daripada insiden baharu yang menyebabkan Lesti cedera pada bahagian leher dan dipukul di dalam tandas.
"Pernah juga si Rizky Billar emosi, marah dengan Lesti, dia melempar bola snuker.
“Tapi balingan itu tersasar. Bayangkan jika boleh itu kena kepala? Boleh pecah kepalanya (Lesti),” ujar Zulpan seperti dilaporkan Kompas.
Malah hari ini Rizky juga akan memenuhi panggilan pihak polis untuk diperiksa selepas menerima laporan berlakukan keganasan dalam rumah tangga bersama Lesti.
Instagram: @rizkybillar