Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pemuda Tergamak Guna Duit i-Sinar KWSP Untuk Beli Dadah? Sampainya Hati!

Hanafis Haris 13/01/2021 | 13:36 MYT

Ketika ramai berusaha mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meneruskan kehidupan, seorang lelaki bertindak ‘membuang’ simpanan tersebut dengan membeli dadah.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang ditahan pihak polis kelmarin, mengaku membeli dadah jenis syabu menggunakan wang i-Sinar.

Menurut Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang di tepi jalan Kampung Limpaki, pada 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, suspek berada dalam keadaan mencurigakan ketika ditahan untuk pemeriksaan dan cuba melarikan diri.

"Pada awalnya polis bertanya sama ada suspek menyimpan barang salah atau dadah, namun suspek hanya berdiam diri.

"Namun, hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu di dalam seluar jean dipakai mangsa..

“Suspek bersama dadah jenis syabu dianggarkan seberat 13.07 gram dan bernilai RM 1,300 itu dibawa ke Pejabat BSJND untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, ketika disoal siasat, suspek menyatakan memperoleh dadah daripada seorang lelaki dikenali Lawang yang tinggal di Taman Damai, Limbang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952," katanya.

Sumber : Harian Metro

#Dadah #KWSP #i Sinar
;