Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pemuda Tinggal Dalam Kereta Tak Sabar Nak Bebas Hutang RM1.2 Juta - “Alhamdulillah Terima Kasih Rakyat Malaysia”

Mya Amri 22/10/2023 | 08:50 MYT

Pemuda tular yang tinggal dalam kereta Proton Wira, Ariff Peter tidak sabar untuk melunaskan hutang yang ditanggungnya secepat mungkin.

Ariff menerusi akaun TikTok miliknya memaklumkan selepas dua tahun berusaha akhirnya hutang berjumlah RM1.2 juta itu bakal dilangsaikan dalam tempoh minggu hadapan.

“Alhamdulillah dengan doa rakyat-rakyat Malaysia, minggu depan hutang RM1.2 juta saya dapat diselesaikan di bawah tempoh dua tahun,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ariff juga turut menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu serta memberikan semangat kepadanya.

“Terima kasih rakyat-rakyat Malaysia yang mendoakan dan gunakan servis-servis saya selama ini untuk bayar hutang RM 1.2 Juta.

“Alhamdulillah, Allah bukakan banyak jalan rezeki kepada saya daripada arah yang tak disangka-sangka.

“Dulu tinggal dalam kereta, Allah gantikan dengan rumah yang elok. Dulu struggle nak makan, sekarang Allah bagi banyak pilihan nak makan.

“Dulu struggle nak bayar hutang, sekarang dah selesai. Alhamdulillah, what a great journey for me. Allah Maha Besar,” kongsinya.

undefined

Sementara itu, perkongsian Ariff mengenai usaha kerasnya untuk membayar hutang ternyata memberikan inspirasi buat netizen.

Terdahulu, Ariff menjadi tular sebelum ini gara-gara terpaksa tinggal dalam Proton Wira miliknya selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.

Perkara itu dilakukan demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.

Bagaimanapun bulan lalu, hutangnya berbaki RM100,000, namun dia giat melakukan pelbagai kerja sampingan yang dikongsikan di TikTok.

#Hutang #TikTok #Ariff Peter #Proton Wira #Tinggal Dalam Kereta
;