Laman Utama

Penampilan Jadi Perhatian Netizen, Berat Badan Siti Bainun Susut 60 KG - “Ada Hikmah Jugalah Masuk Penjara"

Mya Amri
14/11/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Penampilan Jadi Perhatian Netizen, Berat Badan Siti Bainun Susut 60 KG - “Ada Hikmah Jugalah Masuk Penjara"
Penampilan terkini pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang hadir untuk pendegaran rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik perhatian netizen.
Bainun yang memakai jubah merah jambu yang berjalan diiringi anggota penjara itu kelihatan semakin kurus.
Difahamkan, berat badan Bainun yang pada mulanya mencecah 150 kilogram kini menyusut kepada 90kg sekaligus mengalami penurunan berat badan sebanyak 60kg dalam masa enam bulan.
Dalam pada itu, di media sosial rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan baru Bainun.
Antara reaksi yang diterima adalah:
“Ada hikmah juga lah kena tangkap masuk dalam. Sihat tubuh badan,”
“Ada hikmahnya sekurang-kurangnya berat badan berkurang. Rasa lebih sihat,”
“Bukan senang nak kurus. Alhamdulillah rezeki tu, ada hikmah masuk tirai besi,”
Terdahulu, 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Dia juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.
Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar