Hiburan

Penangan Ipar Adalah Maut & Andai Tiada Dia, Ramai Yang Nak Tahu Tentang Iddah Lelaki, Ini Penjelasan Tun Laila

Mya Amri
19/11/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Penangan Ipar Adalah Maut & Andai Tiada Dia, Ramai Yang Nak Tahu Tentang Iddah Lelaki, Ini Penjelasan Tun Laila
Penguam dan personaliti media sosial, Tun Laila memberikan penjelasan berkenaan dengan waktu iddah bagi kaum lelaki.

Penjelasan waktu iddah lelaki

Menurut Tun Laila, ramai yang ingin tahu mengenai perkara itu selepas menonton dua naskhah hit iaitu filem Ipar Adalah Maut dan juga drama Andai Tiada Dia.
“Lelaki pun ada tempoh iddah dan saya juga baru tahu tentang perkara ini semasa dalam kelas. Lelaki ada iddah dalam dua perkara.

“Pertama bila dia ada empat isteri dan dia nak kahwin yang kelima jadi dia kena ceraikan satu isteri. Iddah dia mengikut isteri yang dia ceraikan itu. “Katalah kalau iddah isteri dia itu tiga kali suci dan dia kena tunggu tiga kali suci perempuan itu baru dia boleh kahwin yang kelima.

“Yang kedua untuk lelaki itu punya iddah adalah bila dia masih ada pertalian dalam keluarga isteri, bila kau ceraikan isteri kau, si kakak lepas iddah dia tu dah habis baru kau boleh kahwin dengan si adik.
“Jadi untuk cerita Andai Tiada Dia tu disebabkan si Suri tengah hamil waktu dia diceraikan dan iddah untuk perempuan hamil adalah selepas melahirkan anak.
“Basically suami dia tu boleh kahwin dengan adik dia hanya selepas dia bersalin. Itu apa yang saya belajar dalam family law dalam topik iddah, rujuk dan nafkah,” jelasnya.
Berikut merupakan penjelasan penuh Tun Laila mengenai iddah lelaki:
@yarafaee ipar adalah maut & andai tiada dia explained in #shariah #law #fyp #fypシ #somebymi #somebymimy #healthybarrier #somebymimalaysia #betapanthenol #glowingskin #skincareroutine #koreanskincare #glowskincare @somebymi_my @SOMEBYMI MY ♬ original sound - Tun Laila
Untuk info, drama adaptasi daripada novel Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema dan cabaran dalam usaha untuk mendapatkan anak.
Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin.
Drama ini dibintangi oleh pelakon hebat seperti Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana dan Zahiril Adzim.

Jangan lupa saksikan Andai Tiada Dia setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama saluran Astro Ria (saluran 104).

Anda juga boleh tonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO, dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN:Penangan Watak Haikal Dalam Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid Puas Hati Kena Kecam - “Ada Yang Nak Cabut Misai…”

ARTIKEL BERKAITAN:Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ketua Dah Nak Sampai, Mana Hati Nak Kena Repair?” - He’s Coming! Kemunculan Zahiril Dalam Drama Andai Tiada Dia Dirai Netizen!

ARTIKEL BERKAITAN:"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

ARTIKEL BERKAITAN:Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar