Laman Utama

“Penantian 15 Tahun Saya Berhasil Juga…” - Remy Ishak Menggeletar Julang Trofi FFM 31

Fiza Kamarudin
11/12/2021
00:30 MYT
Sponsor Banner
“Penantian 15 Tahun Saya Berhasil Juga…” - Remy Ishak Menggeletar Julang Trofi  FFM 31
Pelakon popular, Remy Ishak mengakui penantiannya selama 15 tahun berakhir malam ini apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 31.
Remy berkata dia pernah tercalon dalam anugerah FFM sebanyak tiga kali namun rezeki tidak berpihak padanya.
“Memang rezeki saya tahun ini. Bukan senang nak dapat anugerah ini. Ini pencalonan keempat saya dan Alhamdulillah, akhirnya saya bawa pulang juga trofi anugerah berprestij ini,” katanya.
Tambah Remy lagi, dia tidak menjangkakan kemenangan pada edisi kali ini kerana saingan yang sengit.
"Memang saya tak jangka langsung dan sampai sekarang ini pun masih menggeletar.
“Anugerah ini bagi saya sangat istimewa kerana memang saya menantikannya…Anugerah-anugerah lain saya dah pernah dapat,” katanya teruja.
Remy pernah tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada FFM23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2.
Seterusnya Remy tercalon pula dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM24 menerusi filem Nur Kasih The Movie.
Kali terakhir Remy tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM30 menerusi filem Pulang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar