Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pendakwah Gelar Lagu Nyanyian Mawi & AC Mizal ‘Lagu Kepala Hotak'? Ini Reaksi Netizen...

Syafiqah Jalal 29/01/2021 | 11:21 MYT

Seorang pendakwah menggelarkan lagu nyanyian Mawi dan Datuk AC Mizal iaitu berjudul Al-Haq sebagai ‘Lagu Kepala Hotak’ dalam sebuah tazkirah yang disampaikan

Pendakwah yang difahakam seorang Ustaz itu mendakwa cara penyampaian AC Mizal yang meminta keampunan dari Allah dalam bentuk ‘rapping’ adalah tidak sesuai dan dianggap biadap.
“Lirik pertama elok, tapi bila part rapping tu ada ke minta ampung dengan Tuhan begitu? Biadap! Tak pernah Nabi berdoa begitu,” katanya.
Video tersebut dikongsi oleh Mawi dalam akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak bersetuju dengan penilaian pendakwah tersebut terhadap lagu berkenaan.
“Siapa dia nak menentukan pengampunan dari tuhan ? Tuhan itu boleh ampunkan hambanya walaupun hambanya tidak memohon sembah maaf kepadaNYA atas kehendakNYA sendiri,” kata salah seorang pengikut Mawi
“Yang penting message nak sampai kepada pencipta tu sampai sedangkan kita berdoa pun dok sibuk aku ak ak,” komen salah seorang netizen
“Dia pula ambil kerja Tuhan dok hukum orang sana sini,” personal salah seorang warga maya.
Pun begitu, Mawi tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai lagu tersebut sebaliknya dia hanya ‘tagged’ penyanyi serta composer lagu tersebut sahaja.

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

#Penyanyi #Mawi #AC Mizal #Lagu #Ustaz #Pendakwah
;