Hiburan
Pendapatan Syarikat RM50 Juta Setahun, Netizen Kagum Dengan Kejayaan Bisnes Mila Jirin
Penyanyi Mila Jirin, mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi sebuah video mengimbau kepayahan sepanjang menjadi usahawan dalam tempoh membina empayar perniagaannya yang dikenali sebagai Bizmilla.
Dalam video tersebut Mila, 37, menceritakan tentang liku-liku yang perlu dilalui termasuk pernah dipandang serong ketika bertemu dengan seorang pegawai bank ketika ingin membuat pinjaman RM100,000.
Lebih menyedihkan lagi apabila individu tersebut turut mengatakan perniagaannya tidak akan berjaya memandangkan perniagaan yang diceburinya adalah kelas ketiga iaitu katering dan pengurusan perkahwinan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Saya menangis dalam kereta selepas jumpa dia namun suami cakap dia bukan Tuhan untuk berkata begitu dan kami teruskan usaha," kongsinya di dalam video tersebut.
Tidak pernah patah semangat dengan komen negatif sebegitu, Mila kini membuktikan bahawa usahanya itu membuahkan hasil apabila pendapatan perniagaannya tersebut mencecah sehingga RM50 juta setahun.
"Saya dan suami tidak patah semangat malah yakin dengan perancangan Allah"
"Perniagaan saya beri manfaat kepada 250 orang pasukan dengan caruman skim simpanan wang pekerja (KWSP) lebih RM600,000 sebulan," tambahnya.
Berita Trending: “Adakah Saya Kena Scam?” – Tak Beli Online Tapi Mila Jirin Terima Bungkusan
Perkongsian tersebut turut menerima reaksi positif netizen yang rata-rata nya kagum dan memuji perniagaan yang dijalankan Mila.
Antara komen yang diterima adalah:
“Saya salah seorang client Bizmilla, sangat recommend kalau nak ambik pakej dengan dia.
“Baru tahu bizmilla tu Mila Jirin punyaa. Admirable sangat,” tulis beberapa pengguna X.
Sekadar info, Mila memulakan perusahaan ini bersama suaminya, Isz Mustapha sejak tahun 2013.