Viral
Penduduk Kampung Beratur Minum Air Rendam Kaki Haji, Hajah
Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan penduduk di sebuah kampung beratur untuk meminum air rendam kaki yang didakwa sebagai 'air berkah'.
BERITA TRENDING: Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."
Liputan 6, melaporkan air rendaman kaki itu adalah milik jemaah Indonesia yang baru pulang dari menunaikan haji.
Menerusi klip berkenaan, difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Bagaimanapun, perkongsian klip itu mengundang pelbagai hantaran negatif yang mendakwa bahawa perbuatan itu sebagai memalukan.
"Nabi Muhammad SAW yang semulia itu sahaja tidak pernah melakukan perbuatan seumpama itu," kata seorang pengguna.
"Difahamkan itu satu warisan budaya, tetapi jika tidak baik kenapa ia diteruskan," kata seorang warganet lagi.
Menerusi klip berkenaan, memaparkan seorang wanita mencium rendaman kaki seorang wanita yang didakwa sebagai Hajah, sementara seorang lagi mencium rendaman kaki seorang lelaki.