Laman Utama
Penerbangan Ditunda Atau Dibatalkan? Anda Berhak Tuntut Pampasan - KPDNHEP
Sejak beberapa minggu lalu, kecoh di laman sosial berkenaan beberapa isu yang dihadapi oleh pengguna yang menghadapi masalah penundaan penerbangan.
Ada yang disidai di ruang menunggu lapangan terbang dan ada juga yang terpaksa berpanas dan berpeluh dalam perut pesawat akibat penundaan jadual penerbangaan kerana pesawat rosak.
Hal tersebut bukan sahaja menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna, malah memberikan nama yang kurang baik kepada syarikat penerbangan tersebut yang didakwa tidak mempedulikan penumpang yang tersadai.
Justeru, baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerbitkan satu infografik berkenaan dengan perkara yang boleh pengguna tuntut jika berada dalam situasi yang serupa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara pampasan yang berhak dituntut adalah seperti makanan, panggilan telefon dan akses internet jika penerbangan ditunda dua jam atau lebih serta penginapan hotel dan pengangkutan jika penerbangan ditunda lima jam atau lebih.
Selain itu, menerusi infografik tersebut, pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif perlu diberikan kepada pelanggan yang berhadapan dengan penerbangan yang dibatalkan.
Begitupun, pengecualian pampasan hanya berlaku untuk keadaan yang tidak dapat dijangka oleh syarikat penerbangan yang melibatkan risiko keselamatan atau cuaca ekstrem.
Pengguna turut disarankan supaya membuat aduan kepada syarikat penerbangan yang berkenaan bagi sebarang tuntutan pampasan atau layari www.mavcom.my untuk maklumat lanjut.