Pengacara, Primeworks Studios Mohon Maaf Kepada Watson Nyambek
Pengacara Sukan Tak Sentral, Ammar, 29, telah membuat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Watson Nyambek selepas dikatakan mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara itu menerusi program komedi tersebut.
"Selaku Ketua Pegawai Ekskutif, syarikat penerbitan rancangan Sukan Tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9 dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.
"Kejadian yang berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.
"Kami amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya. Beliau adalah seorang jaguh pecut negara serta atlet yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara," katanya.
Tambahnya lagi, Primeworks Studios telah memberi peringatan kepada semua kakitangannya untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap rancangan diterbitkan.
"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang," katanya.