UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Pengadil Bola Kontroversi, David Coote Ambil Dadah Untuk Rasa Maskulin

Maliah Surip 29/01/2025 | 15:55 MYT
Pengadil bola sepak kontroversi Premier League, David Coote akhirnya mendedahkan sebab mengambil dadah jenis kokain yang menyebabkan dirinya dipecat daripada persatuan Premier League (PGMOL) pada Disember 2024.
Coote, 42, mendedahkan dirinya mengambil dadah untuk menenangkan diri kerana terlibat dalam dunia ‘lelaki yang keras’ atau bersifat maskulin.
Hal itu dilakukan kerana ingin menutup orientasi dirinya yang merupakan seorang gay.
“Saya sangat malu pada zaman remaja kerana (gay) ini. Saya hanya pergi ke rumah ibu bapa selepas usia 21 tahun. Saya hanya keluar dengan rakan-rakan pada 25 tahun dan mendedahkan orientasi seks saya,” katanya membuka cerita seperti dilaporkan The Sun.
Pengadil yang juga berdepan ugutan bunuh selepas menghina bekas pengurus Liverpool, Juergen Klopp itu bagaimanapun mengaku kisah yang diceritakan tentang ‘pelarian’ menggunakan dadah tidak didedahkan sepenuhnya.
“Seksualiti saya bukanlah satu-satunya alasan yang membuat saya berada dalam posisi itu (ambil dadah. Namun, saya tidak akan menceritakan kisah yang sebenar.
“Saya menyembunyikan emosi saya saat masih muda dan juga menyembunyikan orientasi seksual saya. Saya menunjukkan kualiti yang baik sebagai pengadil tapi buruk sebagai manusia,” katanya.
;