Pengapit Lupa Jalan, Pengantin Wanita Drive Sendiri Kereta Pergi Menikah!
Gelagat seorang pengantin wanita mengambil alih 'stereng' daripada rakannya yang juga pengapit mencuit hati netizen.
Dalam video yang tular itu, seorang pengantin wanita yang lengkap berbaju kurung putih berkasut tumi tinggi terpaksa memandu sendiri kereta untuk ke majlis pernikahannya.
BERITA BERKAITAN : Nadeera Zaini Pernah Give Up, Netizen Hina muka Macam… | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending
BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"
BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The MonthHal itu difahamkan akibat pengapit pengantin wanita itu terlupa jalan untuk ke lokasi majlis.
"Ini mesti kes 'kau berenti tepi biar aku yang bawa'. Tahap geram bila cakap pun driver blur lagi," tulis seorang warganet.
Tidak kurang juga ada netizen yang sempat mengusik jiwa racing pengantin wanita itu.
"Her husband and is so lucky dapat damm great driver. So husband dia tak payah drive kalau wife dia drive.
"Jadi suami dia mesti senang sebab dapat bini yang cekap memandu," katanya.
Tidak kurang ada juga yang menganggap video berkenaan hanya sekadar konten.
"Ini semua demi konten je tak payahla percaya.
"Sanggup buat wayang dan tayang diri sendiri hanya nak glamour dengan tak pakai tali pinggang keledar," usik warganet yang turut menegur pengantin wanita itu tidak memakai tali pinggang keledar.
Di akhir video berdurasi 25 saat itu, pengantin wanita itu sempat memuatnaik gambar bersama suaminya selepas selesai majlis pernikahan.