Laman Utama

Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Ketika Shooting Filem - "Walau Sebelum Ini Ada Kontroversi, Namun ..."

Amri Hassan
17/01/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
Pengarah & Penerbit Kyle A Halim Dedah Sikap Sebenar Alicia Amin Ketika Shooting Filem - "Walau Sebelum Ini Ada Kontroversi, Namun ..."
Penerbit dan pengarah muda, Kyle A Halim mengakui senang untuk bekerjasama dengan model dan pelakon tinggi lampai Alicia Amin.
Jelas Kyle, mempertaruhkan Alicia untuk mendukung peranan utama dalam filem sulungnya berjudul The Disappearance of Irdina Adhwa (TDIA) adalah pelaburan paling berbaloi.
"Saya merupakan penerbit Kotaki Studios dan bakal muncul dengan filem bertemakan thriller dan seram arahan saya sendiri bertajuk The Disappearance of Irdina Adhwa (TDIA). Pada mulanya, saya mahu bekerja dengan pelakon lain.
"Namun, atas sebab yang tak dapat saya elakkan, saya terpaksa mencari pelakon lain dan pengurus produksi memberi cadangan untuk saya memberikan watak itu kepada Alicia. Saya terus bersetuju dan teruja mahu bekerjasama dengan Alicia.
"Bertemu dengan Alicia, persepsi yang ada itu hilang. Dia sangat komited dan sangat mesra. Dia juga baik hati. Apabila dia mengetahui saya berasal dari Sabah dan tinggal bersendirian ketika penggambaran berlangsung di Semenanjung, dia sering bertanyakan khabar saya," ujarnya pada sidang media secara maya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Kyle turut kagum dengan kebolehan bekas peserta rancangan realiti Asia's Next Top Model musim kelima itu yang mampu bertutur dalam dialek Sabah dengan baik.
"Sejujurnya, saya terkejut kerana Alicia tidak berasal dari Sabah tetapi dia mampu bertutur dalam dialek Sabah dengan begitu baik. Karya ini menampilkan 20 peratus dialog dalam dialek Sabah dan selebihnya dalam bahasa Melayu.
"Biarpun sebelum ini ada kontroversi pernah dikaitkan dengan Alicia, ia tidak menjadi ukuran. Saya hanya mahukan pelakon yang boleh membawakan watak dengan baik. Ternyata dia merupakan seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai keperibadian yang baik," tambahnya.
Selain Alicia, filem itu turut dibintangi Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi serta Abbas Mahmoud dan bakal menemui penonton menerusi tayangan di Astro First pada 24 Februari ini.
Sinopsis
Filem The Disappearance of Irdina Adhwa yang menjalani penggambaran di Melaka dan Kundasang, Sabah selama 15 hari mengisahkan Sofia menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi selesai.
Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika mereka menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.
Bagaimanapun, Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar minta pertolongan untuk menyelamatkan diri.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar