Berita

Pengasas Daiso Meninggal Dunia, Hirotake Yano Tinggalkan Harta Bernilai ...

Mya Amri
20/02/2024
07:31 MYT
Sponsor Banner
Pengasas Daiso Meninggal Dunia, Hirotake Yano Tinggalkan Harta Bernilai ...
Pengasas rangkaian peruncit diskaun Jepun, Daiso Industries, Hirotake Yano dilaporkan meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat kegagalan jantung.
Menurut laporan media, Yano meninggal dunia di Hiroshima pada 12 Februari lalu.
Upacara pengebumian Yano hanya diadakan oleh ahli keluarga terdekat dan mendiang akan diperingati dalam perhimpunan dalam masa terdekat.
Dikenali sebagai perintis model perniagaan kedai dolar, Yano sebelum ini telah menamatkan pengajian dari Universiti Chuo Tokyo pada tahun 1967.
Selepas menamatkan pengajiaannya, Yano melakukan beberapa pekerjaan berbeza antaranya menguruskan perikanan bapa mentuanya.
Pada tahun 1972, Yano memulakan peniagaan dengan menjaja barangan dari belakang sebuah trak.
Secara tidak langsung peniagaan itu memberinya idea mengenakan bayaran rata 100 yen (kira-kira RM3) untuk semua barangannya bagi menjimatkan masa yang diambil untuk melampirkan tanda harga.
Yano kemudiaannya memperbadankan Daiso, yang diterjemahkan kepada "mencipta sesuatu yang besar", pada tahun 1977.
Kini, Daiso mempunyai 4,360 kedai domestik dan 990 lokasi di luar negara menjelang akhir Disember lalu.
Menurut Indeks Billionair Bloomberg, Yano mempunyai nilai bersih kira-kira AS$1.9 bilion (kira-kira RM9 bilion) pada masa kematiannya.
Sumber: nippon.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar