Hiburan

Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsan Lee Meninggal Dunia

Azwa Rahman
01/12/2020
02:18 MYT
Sponsor Banner
Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsan Lee Meninggal Dunia
Pengasas Ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Berita sedia itu dikongsi menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Artortoise.
“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.
“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. Insya-Allah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,” tulis akaun terbabit.
Menerusi hantaran itu juga, jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.
Sebelum ini, akaun Artortoise pernah melaporkan Ikhsan atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang dan masih tiada perkembangan yang baik.
Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham juga membuat kemas kini di laman Instagram beliau, memaklumkan sedang menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama sambil turut meletakkan tanda pagar #CancerFighter.
Sebelum ini Artortoise juga menampilkan ilustrasi personaliti ternama dalam laman sosial media antaranya, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, band Hujan, Ernie Zakri, Zizan Razak, dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar