Viral
Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan
Manusia makin hari makin di luar kewarasan. Seperti perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
Menerusi perkongsian seorang ibu di Surabaya, Indonesia, dia terkejut kerana bayinya telah jatuh sakit disebabkan memakan ubat steroid dari jenis deksametason dan pronicy tanpa pengetahuannya.
Dekasametason adalah ubat yang digunakan untuk meredakan radang sementara pronicy selalu digunakan untuk menghentikan alergi.
Namun kedua-dua ubat tersebut telah dicampurkan ke dalam susu oleh pengasuh supaya bayi yang dijaganya mempunyai selera makan kuat!
Malah tindakan kejam itu telah dilakukan sejak setahun lalu.
"Ini deksametason dan pronicy, ubat terlarang untuk kalangan dewasa, apa jadinya jika diberikan kalau diminumkan ke baby," kata Linggra melalui laman Instagram-nya, @linggra.k seperti dilaporkan Detik.com.
Dalam perkongsian sama, Linggra memperlihatkan dua jenis pil berwarna biru dan oren dalam sebuah botol.
Terdahulu, Linggra pertama kali sedar perbuatan terkutuk pengasuh sewaktu menemukan gelas anaknya berisi serbuk pada Ogos 2024. Curiga dengan serbuk itu, dia mengeledah laci milik pengasuh dan menemukan dua jenis pil tersebut.
Tanpa membuang masa dia membawa anaknya bertemu doktor dan disahkan mengalami penambahan berat badan dan bengkak muka disebabkan telah mengambil ubat jenis steroid dalam satu tempoh yang lama.
Menurutnya dia tidak pernah terfikir melihat selera makan anaknya yang bagus dengan badan ‘semangat’ bukan terjadi secara semula jadi tetapi telah dikhianati oleh pengasuh yang menjaganya selama ini.
“Sebagai ibu kita gembira lihat anak kuat makan tanpa menyedari dia ‘gemuk’ kerana diberi ubat,” tulisnya lagi.
Pada masa sama, pengasuh yang melakukan khianat terhadap anaknya telah ditangkap polis.
Menurut wanita itu dia mendedahkan kejadian tersebut untuk memberi kesedaran dan keadilan kepada para ibu bapa yang anak mereka pernah disakiti.