Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pengawal Keselamatan Jumpa RM500K Dapat Anugerah Daripada Majikan

Gempak 24/03/2024 | 04:55 MYT

Pengawal keselamatan yang menemui beg berusi wang tunai lebih RM500,000 tempoh hari menerima anugerah daripada majikannya, A5 Security Service.

Memetik laporan Harian Metro, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Sherpa Dawa, 39, itu meletakkan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pihak syarikat sebagai pegangan utama.

Tanggungjawab dan amanah

“Saya berpegang kepada tanggungjawab dan amanah yang diberikan syarikat," katanya pada Rabu.

Disebabkan prinsip itu, dia berasa tidak gentar apabila menemui sesuatu yang 'besar', bahkan sudah diberi latihan oleh syarikat yang menekankan tanggungjawab.
Melanjutkan bicara Sherpa berkata, dia tidak memikirkan jumlah banyak atau sedikit duit yang dijumpai.
"Yang penting kita buat kerja kita," katanyanya lagi.
Majlis ringkas itu dikongsi syarikat itu di Facebook dan tular serta mendapati pujian warganet.
Sementara itu, Pengarah A5 Security Service, Hardeep Singh Jaswant berkata, pihaknya sangat menghargai sikap tanggungjawab dan kejujuran ditunjukkan Sherpa ketika bertugas, tanpa takut sebarang risiko.
Katanya, syarikat bangga mempunyai pekerja sepertinya yang mengurus kejadian mengikut tatacara yang betul.

Hargai kesetiaan

"Kami amat menghargai kesetiaannya terhadap syarikat dan jujur... kerana itu kami memberi ganjaran kepadanya," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengawal keselamatan berkaitan penemuan bagasi bersaiz sederhana kira-kira 8 pagi Rabu yang di dalamnya berisi wang melebihi RM500,000.
Sumber: Harian Metro dan Facebook

BERITA TRENDING: Polis Kesan Pemilik Bagasi ‘Terbiar’ Di Parkir Pusat Beli-Belah Yang Berisi Wang Lebih RM500K

BERITA TRENDING: Gara-Gara Pegang Beg Rakan Berstatus Datin, Wanita Tempatan Ini Ditahan Di China Selama 30…

#Pengawal Keselamatan #Jujur #Tanggungjawab #amanah #Beg berisi wang tunai
;