Laman Utama

Pengawal Penjara Jelita Kantoi Jalin Hubungan Dengan Banduan, Sembang S*ks Di Telefon

Maliah Surip
14/12/2023
02:04 MYT
Sponsor Banner
Pengawal Penjara Jelita Kantoi Jalin Hubungan Dengan Banduan, Sembang S*ks Di Telefon
Macam dalam filem! Mungkin itu yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang pegawai penjara wanita dengan banduan yang merupakan penagih dadah ini.
Pegawai penjara wanita jelita, Ruth Shmylo, 26, didapati bersalah selepas menjalin hubungan terlarang dengan salah seorang banduan di penjara jagaannya, Harri Pullen, 24.
Selain didakwa sudah bertemu dengan ibu penagih dadah tersebut, Shmylo dan Pullen ditangkap membuat panggilan seks.
Menurut kronologi kes, hubungan asmara Shmylo dan Pullen yang terkenal dengan sikap bijak memanipulasi itu mula dihidu sewaktu keduanya berada di penjara yang sama di South Wales.
Selepas hubungan terlarang itu diketahui, Pullen telah dipindahkan ke sebuah penjara di Manchester.
Pengedar dadah itu didakwa sempat membuat kacau dan mengugut pihak penjara serta berkelakuan buruk sebagai tanda protes selepas menafikan hubunannya bersama Shmylo.
Namun Pullen telah menyenaraikan Shmylo sebagai salah seorang ‘tetamu’ yang boleh menghubunginya di telefon. Dan tanpa disedari, perbualan mereka termasuk sembang lucah antara keduanya telah dirakamkan.
Namun Shmylo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibuat kepadanya, lapor DailyMail.uk.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar