Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…

Izwan Isa 05/07/2022 | 08:50 MYT

Setiap kali sesebuah produksi filem menjalankan penggambaran bagi naskhah terbitan mereka, pasti ada sahaja cabaran dan dugaan yang dihadapi - dan kru filem 35mm arahan Syahmi Sazli juga tidak terkecuali.

Menerusi temu bual bersama penulis skrip dan pengarah bersama, Senibayan, penggambaran terpaksa diberhentikan sebanyak dua kali akibat beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.
“Yoe diserang angin pasang pada penggambaran blok pertama. Disebabkan Yoe perlu dibedah, kami pun terpaksa hentikan penggambaran.
"Kemudian, kami sambung semula penggambaran di lokasi yang sama iaitu di Pulau Pinang. Lima hari shooting, 18 kru pula dijangkiti COVID-19. Jadi, terpaksa berhenti penggambaran sekali lagi,” katanya kepada Gempak.
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!

#35mm #Senibayan
;