Viral
"Pengguna Media Sosial Tak Perlu Minta Lesen" - Saifuddin
Pengguna media sosial seperti Youtube, TikTok dan sebagainya boleh menghasilkan video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa Finas.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244).
"Kerajaan Malaysia menegaskan pendirian untuk mendokong prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial.
"Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuatnaik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa oleh Finas.
"Kerajaan akan meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dengan mengambil kira situasi semasa.
"Seperti yang saya umumkan pada 20 Jun 2020, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bawah pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.
"Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat," maklumnya menerusi siaran media pada Jumaat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Khamis, media melaporkan Saifuddin sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.
Foto: Malaysiakini