Laman Utama
Pengguna TikTok Menggedik Isu Berskandal Dengan Suami Orang Undang Kritikan Netizen - “Sampah Betul”
Kisah kecurangan pasangan suami isteri bukanlah satu hal asing dalam kalangan kita. Baik individu biasa mahupun mereka yang ternama, kisah curang mungkin isu nombor satu yang paling kerap dibincangkan, khususnya dalam kalangan pengguna media sosial.
Terbaharu, kisah perkongsian di TikTok oleh seorang suami yang menjalinkan hubungan terlarang dengan pasangan orang merupakan isu hangat yang sedang dibincangkan oleh warganet.
BERITA TRENDING: Bekas Suami Nak Kahwin, Disaman Pula Isteri Skandal, Artis Berstatus Janda Kini Jiwa Kacau
Menerusi perkongsian yang viral itu, lelaki berkenaan memberitahu yang titik terindah dalam hidupnya adalah berskandal dengan isteri orang.
Menurut individu itu, dia dan pasangan skandal berhenti berhubung seketika supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pasangan halal masing-masing.
Perkongsian di TikTok itu menerima respons yang luar biasa dalam kalangan pengguna platform berkenaan, khususnya dalam kalangan kaum wanita.