Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Pengikis Tak Kenal Jantina... Sama Je!" - Uyaina Arshad Komen Isu Wanita Pisau Cukur

Amri Hassan 11/08/2020 | 00:15 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak.
Jelas Uyaina, duit poket itu boleh digunakan sekiranya keadaan mendesak atau memenuhi keperluan sendiri.
"Sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri.
"Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri kan?" kongsi pandangannya.
Uyaina pada masa sama menepis dakwaan kebanyakan individu untuk melabelkan wanita sebagai kaki kikis dan pisau cukur.
"Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. Selalu perempuan kena label macam ini.
"Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je.
"Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status... tolak tepi," tambahnya.
Namun, kata Uyaina lagi masing-masing punyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tersendiri.
"Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.
"Kalau dari kecil dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat.
"Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?" ujarnya.

Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis. ? Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi. . Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya. . Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan? ? . Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu. . Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan? ? . Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua ♥️ #UyainaArshad #GirlPower #WomenEmpowerment

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Kenyataan Uyaina itu disokong oleh kebanyakan wanita termasuk beberapa selebriti antaranya Ika Nabella, Lufya dan Lia Natalia.
#Uyaina Arshad #Pengikis #Pisau Cukur
;