Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Pengorbanan Aku Selama Ini Seorang Diri” - Dituduh Meroyan, Tak Terima Takdir? Isteri Shuk Luah Rasa Hati

Hanafis Haris 11/04/2022 | 07:55 MYT

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah membuatkan ramai tersentuh apabila memuat naik sebuah video di Instagramnya.

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra seakan meluahkan rasa hatinya untuk tatapan umum.

Menurut Serra, selama ini ramai orang yang menuduhnya sebagai meroyan dan tidak boleh menerima takdir.

Namun, apa yang ramai tidak tahu, dia selama ini berbuat demikian untuk kebahagiaan anak-anak.

“Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua untuk anak-anak.

“Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang sepatutnya,” katanya.

Jelasnya, dia juga menganggap segala pengorbanan yang dilakukan hanya membabitkan satu pihak saja.

“Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Akulah bapa akulah ibu.

“Aku cuma harap kesedaran itu wujud buat dia,” katanya.

Biarpun tidak menyatakan dengan jelas kepada siapa video berkenaan dibuat, namun ramai yang percaya dan yakin ia ditujukan kepada suaminya Shuk.

Menerusi ruang komen, ramai dilihat sebak dengan luahan Serra dan memintanya supaya terus cekal dan tabah demi anak-anak.

A post shared by ????? ???? ? (@rossa.sera)

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Serra terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Serra dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

BACA : “Yang Paling Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak..” – Isteri Shuk Sahar Ulas Kehadiran Di Mahkamah Syariah

#Anak #Shuk Sahar #Rossa Serra
;