Sukan

Pengurus Arsenal, Arteta Disahkan Positif COVID-19, Perlawanan Menentang Brighton Esok Ditangguhkan!

Fiza Kamarudin
13/03/2020
01:07 MYT
Sponsor Banner
Pengurus Arsenal, Arteta Disahkan Positif COVID-19, Perlawanan Menentang Brighton Esok Ditangguhkan!
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif dijangkiti virus COVID-19 pada Khamis, sekali gus perlawanan kelab menentang Brighton pada Sabtu ditangguhkan.
Malah, mesyuarat Kelab Liga Perdana juga dijangka akan membincang dan memutuskan sama ada untuk menangguhkan kesemua perlawanan Liga Perdana yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.
"Ini sangat mengecewakan," kata pengurus kelab dari Sepanyol berusia 37 tahun itu.
"Saya menjalani ujian selepas berasa kurang sihat. Saya akan kembali bekerja sejurus selepas dibenarkan," katanya.
The Gunners telah menutup pusat latihan mereka dan kakitangan kelab yang berinteraksi dengan Arteta diarahkan untuk membuat kuarantin sendiri.
Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan 'mesyuarat kelab kecemasan' pada Jumaat untuk membincangkan perlawanan liga seterusnya.
Ramai dari skuad Arsenal dijangka akan menjalani proses kuarantin termasuk skuad pertama kelab itu.
Sementara itu di laman sosial Twitter, nama #Arteta menjadi trending sejak awal pagi tadi dan kicauan semakin bertambah sehingga kini.
Rata-rata peminat bola sepak terutama peminat Liga Perdana Inggeris terkejut dengan berita ini dan mendoakan keselamatan serta kesihatan Arteta.
Sumber: Dailymail.co.uk
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar