UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Titip Ucapan Duka - “Terima Kasih Untuk Bersama Sejak 1993”

Umirah Halim 07/02/2025 | 03:55 MYT

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti, berkongsi khabar duka apabila pengurus kerjayanya, Selby Anwar, meninggal dunia pada Isnin, 3 Februari 2025.

Berita duka tersebut dikongsi Krisdayanti menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Dalam perkongsian sama, Kisdayanti berkongsi rasa tentang kehilangannya dan memuat naik beberapa foto kenangan terakhir.

A post shared by Kris Dayanti (@krisdayantilemos)

“Terima kasih untuk bersama dari langkah pertama kita kak, 1993. Hingga sekarang melepaskanmu dan akan terus terpatri kerana hati dan kerja baikmu selamanya.

“I love you, damai di syurga ya,” tulis ibu kepada empat cahaya mata itu.

Dalam gambar yang dimuat naik bersama kapsyen tersebut, dapat dilihat Krisdayanti mengenakan pakaian serba hitam mengiringi jenazah pengurusnya itu ke rumah duka sehinggalah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Jenazah Selby Anwar telah selamat disemadikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Pondok Benda, Pamulang, Tangerang Selatan.

Sekadar info, Selby telah berkhidmat dengan penyanyi tersebut sejak tahun 1993 lagi sejurus dia memenangi pertandingan Asia Bagus mewakili Indonesia pada tahun 1992.

Dari permulaan album pertamanya sehinggalah digelar Diva Indonesia, Selby sentiasa berada di sisinya untuk setiap pencapaian manis dan jatuh bangun kerjayanya.

#Krisdayanti #Pengurus #Meninggal
;