Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Penjual Online Carut Siti 'Motherf*ker'... "Mula-Mula Ingat Kena Scam"

Amri Hassan 30/07/2020 | 05:03 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terkejut apabila dicarut penjual online dengan panggilan 'motherf*cker'.
Jelas Siti, dia pada mulanya merasakan dirinya ditipu penjual online luar negara terbabit.
Bagaimanapun, Siti mengakui itu merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran produk berkenaan.
"Kelakar cerita beli face shield ni! Pesan online dan mula-mula ingat kena scammed sebab ayat dia jawab kat e-mail mencarut kita! Panik!
"Habislah kena tipu... Kita beli tiga pula tu! Mahallah!
"Rupa-rupanya memang marketing stail dia macam tu! Hawaw betullah!" tulis Siti menerusi Instagram Stories.
Menerusi sepucuk surat yang dikirimkan bersama item terbabit, penjual berkenaan menyapa pelanggannya dengan perkataan kasar 'Dear Motherf*cker'.
"Yes Siti, we're talking about you," tulis surat berkenaan lagi selain memberikan penerangan tentang produk berkenaan.
Bagaimanpun, sejurus menerima produk terbabit, Siti akui berpuas hati.
Face shield yang dibeli Siti itu bertujuan untuk melindungi mata dan mukanya ketika melakukan hobi berbasikal.
#Siti Nurhaliza #Online #Face Shield
;