Hiburan

Pentas Peragaan Fesyen Diceroboh, Gigi Hadid Dilabel Superhero!

Asraf Aided
03/10/2019
10:25 MYT
Sponsor Banner
Pentas Peragaan Fesyen Diceroboh, Gigi Hadid Dilabel Superhero!
Supermodel antarabangsa, Gigi Hadid dipuji ramai ekoran tindakannya membawa turun seorang pelawak yang naik ke pementasan koleksi Chanel secara tiba-tiba di Minggu Fesyen Paris baru-baru ini.
Memetik laporan BBC News, pelawak bernama Marie Benoliel itu 'menceroboh' pentas untuk menyertai model lain berjalan di pertunjukkan jenama fesyen gah tersebut.
Meskipun melanggar peraturan, Marie yang memakai pakaian menyerupai rekaan Chanel itu kelihatan yakin berjalan seperti tidak melakukan kesalahan.
Melihat perkara itu, Gigi naik ke pentas dan menghalang laluan Marie, kemudian membawa pelawak itu meninggalkan pentas.
Namun begitu, tindakan dan gerak geri Gigi tidak kelihatan kasar dan biadap, sebaliknya ramai yang menggelarnya superhero kerana menyelamatkan pementasan jenama mewah terbabit.
Sumber : BBC News
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar