Berita

Penyakit Gout Kembali Menyerang, Ahmad Dhani Sukar Berjalan & Menderita Dalam Penjara

Rozaimi Zubaidi
25/03/2019
04:34 MYT
Sponsor Banner
Penyakit Gout Kembali Menyerang, Ahmad Dhani Sukar Berjalan & Menderita Dalam Penjara
Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dilaporkan sukar berjalan dan sedang menderita dalam penjara akibat penyakit gout yang kembali menyerang dirinya.
Menerusi laporan Astro Awani, kesukaran yang sedang dihadapi pengasas kumpulan Dewa 19 itu disahkan oleh peguamnya, Sahid.
Sahid berkata, anak guamnya menyuarakan kesakitan yang dihadapinya dan meminta keizinan penjara untuk membolehkannya menerima rawatan di hospital.
"Dia (Dhani) sakit sejak Khamis lalu. Dhani bagaimanapun diberikan rawatan awal oleh doktor di penjara.
"Pada masa ini, Dhani masih dirawat dan jika masih tidak sembuh, kami akan meminta pertimbangan pihak penjara untuk membenarkan Dhani dihantar ke hospital," katanya.
Pada 28 Januari lalu, Majlis Hakim Mahkamah Negeri (PN) Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahmad Dhani.
Seniman itu dijatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri Ahmad Dhani di laman Twitter yang berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar